Khidmat Sewa Isteri Bermula Dari RM300?



Tawaran khidmat pegawai perhubungan pelanggan (GRO) kini bukan sahaja terhad 
melayan pelanggan di pusat-pusat hiburan tetapi mereka yang terdiri dalam kalangan 
warga asing itu juga boleh dijadikan 'isteri sewaan' bagi mana-mana lelaki yang 
terdesak memerlukan suri rumah.

Makna 'isteri sewaan' yang dikesan berlaku di Lembah Klang ialah sindiket menawarkan 
wanita yang juga terdiri dalam kalangan GRO sebagai 'isteri' dengan caj antara RM300 
hingga RM7,000 bergantung kepada tempoh berapa lama 'isteri sewaan' itu diperlukan.

'Isteri sewaan' yang kebiasaannya berusia 20 hingga 25 tahun ini bukan sahaja memenuhi kehendak seks si lelaki yang membuat bayaran kepada sindiket itu malah wanita-wanita itu turut melakukan tugas-tugas seperti memasak dan mengemas rumah.

Sindiket menyediakan khidmat sewaan itu menawarkan tempoh 'isteri sewaan' antara 
sehari sehingga tiga bulan. Tempoh berkenaan boleh dilanjutkan mengikut persetujuan
antara pelanggan dan pihak sindiket. -kosmo 

KONGSI KEPADA RAKAN