Khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling). Isunya mengenai
kewajipan menutup aurat.
Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu
anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.
Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang itulah hakikatnye.. kerana wahai
wanita, Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-
baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu..
01). Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher.
Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib
membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian
dada mereka.
02). Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa
lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan
yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan
jeans terlondeh.
Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang
alur bontot.
03). Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua.
Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?
04). Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain
koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha
pun tersembul.
05). Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan
auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!
06). Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.
07). Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan
pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.
08). Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah,
tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang
boleh menaikkan syahwat lelaki.
Syahwat Lelaki
Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak me
mahaminya.Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.
Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan
perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.
perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.
Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara
puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan
sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.
Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat
masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis
disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.
Pandai-pandailah nanti menjawab dan berdalih di hadapan Allah.. Tak takut ke?
Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah, tetapi yang t
idak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.
Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang... Lelaki buaya darat... Lelaki meng-
ganggu... Lelaki sexual harashment... Sape suruh buat-buat suara manja? Sape suruh?
Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikat-
nya mereka berbogel... Sape yang cakap tu?
Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.
Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama. Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu
Dalih.. Wallahua'lam-Sumber: www.iluvislam.com