Sungai Buloh – Kakak durjana! Itu perkataan sesuai menggambarkan tindakan
seorang wanita yang sanggup menyembunyikan perbuatan terkutuk suaminya
yang menjadikan adiknya hamba seks dengan alasan mahu menjaga maruah
tampil membuat laporan polis pada 11 Oktober lalu berikutan terlalu tertekan
dengan perbuatan kakaknya yang hanya mendiamkan diri selain memaksanya
untuk mengunci mulut.
Mangsa mendakwa menjadi pemuas nafsu abang iparnya sejak tujuh tahun lalu
ketika bertandang ke rumah kakaknya di Shah Alam dengan kejadian terbaru,
April lalu.
Menurut sumber, abang ipar mangsa yang berusia 30-an itu dikatakan masuk
ke dalam bilik tidurnya kira-kira jam 2 pagi untuk melakukan perbuatan
terkutuk itu.
Menurut sumber, abang ipar mangsa yang berusia 30-an itu dikatakan masuk
ke dalam bilik tidurnya kira-kira jam 2 pagi untuk melakukan perbuatan
terkutuk itu.
“Mangsa mendakwa dia seolah-olah dipukau dan separuh sedar kerana ketika
kejadian dia hanya mampu menurut permintaan lelaki berkenaan tanpa sebarang
bantahan,” katanya.
Sumber berkata, ketika kakak mangsa masuk ke dalam bilik adiknya awal pagi
Sumber berkata, ketika kakak mangsa masuk ke dalam bilik adiknya awal pagi
untuk mengejutkan mangsa bersarapan, wanita itu ternampak suaminya tidur
bersama-sama di dalam bilik berkenaan namun tidak menunjukkan reaksi
marah sebaliknya terus meninggalkan bilik berkenaan, menurut sumber HMetro.
“Apabila mangsa pulang ke rumahnya, abang iparnya sering menghubunginya
“Apabila mangsa pulang ke rumahnya, abang iparnya sering menghubunginya
dan meminta mangsa menutup mulut serta merahsiakan perkara itu daripada
pengetahuan keluarga terutama ibu bapa mereka.
“Lelaki itu mendakwa dia bertindak demikian kerana tertekan selepas kakak
mangsa dikatakan tidak mampu melakukan hubungan intim selain disahkan
mandul,” katanya.
Katanya, perbuatan itu berlarutan sehingga mangsa akhirnya merayu kakaknya
menyelesaikan perkara itu dan bertanggungjawab atas perbuatan suaminya.
“Namun kakaknya masih berdegil dan meminta mangsa terus mendiamkan
“Namun kakaknya masih berdegil dan meminta mangsa terus mendiamkan
diri dan menurut kemahuan suaminya yang mempunyai perwatakan baik dalam
keluarga mereka,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang
ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis terbabit dan siasatan
lanjut masih dijalankan, namun belum ada tangkapan.
lanjut masih dijalankan, namun belum ada tangkapan.