Selepas pesta sukan bogel di Pulau Pinang yang menggemparkan negara, pengguna
jalan raya di sekitar Jalan Sultan Yussof di sini, digemparkan pula dengan gelagat satu
pasangan dipercayai model pengantin yang berjalan dalam keadaan separuh bogel
ditengah-tengah kesibukan lalu lintas untuk menjalani sesi fotografi di laluan itu,
pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, wanita berkenaan dilihat hanya memakai
bikini berwarna putih manakala pasangannya hanya memakai seluar panjang hitam
tanpa baju.
Tindakan pasangan itu mengundang rasa tidak senang di kalangan pengguna jalan raya
Tindakan pasangan itu mengundang rasa tidak senang di kalangan pengguna jalan raya
malah gambar pasangan terbabit juga dilaporkan sudah mula tersebar meluas di media
sosial dan menjadi kritikan hebat.
Seorang saksi yang enggan dikenali memberitahu, rakaman sesi fotografi itu
Seorang saksi yang enggan dikenali memberitahu, rakaman sesi fotografi itu
dipercayai dilakukan tidak lama iaitu kira-kira 10 minit, bagaimanapun ia menarik
minat pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan kerana mereka berpakaian
menjolok mata serta tidak senonoh.