Hati-Hati Dengan Video Wanita Tanggal Seluar Dalam,Tolong Sebarkan


Los Angeles – Berhati-hati apabila anda menerima video menunjukkan seorang 
wanita yang menanggalkan seluar dalam melalui Facebook, kerana ia merupakan 
video palsu, yang akan membolehkan penggodam memasuki komputer.

Video palsu itu akan menggalakkan penerima untuk menekan butang bagi 
melihat aksi selebihnya melalui YouTube. Ia boleh menyebabkan penggodam
mencuri data peribadi pengguna.

Penggodam itu dilaporkan bermula di Albania.
Jurucakap firma keselamatan dalam talian Bitdefender, Catalin Cosoi berkata, 
pelbagai cara digunakan oleh penggodam untuk mencuri data pengguna.


“Salah satunya adalah dengan menumpukan kepada kaum lelaki agar mereka 
berminat dengan video wanita menanggalkan pakaian.“Video itu akan dimainkan 
selama beberapa saat dan ia telah ditonton oleh berjuta-juta pengguna Facebook,’’
katanya.

KONGSI KEPADA RAKAN

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI: