Tidak dapat dinafikan lagi, sememangnya pada zaman sekarang telefon pintar dilihat
sebagai satu perkara yang wajib ada bagi golongan remaja. Telefon pintar mendapat
tempat dalam kalangan orang awam pada hari ini sehingga pelbagai jenama telefon
pintar mula membanjiri pasaran tempatan. Tidak kurang juga dengan beberapa agen
jualan di internet yang lebih mudahkan urusan jual beli.
Namun begitu, jangan kita hilang akal hanya kerana ingin memiliki telefon pintar
terutama sekali gadis-gadis. Jangan hanya kerana sebuah telefon pintar digadia maruah
diri atau kehormatan diri. Itulah yang telah berlaku di dalam satu perbualan antara
penjual lelaki dan pembeli wanita di mana wanita tersebut nekad menjual dirinya
sebagai bayaran untuk telefon pintar yang ingin dibelinya.
Berikut adalah 'screenshot' perbualan antara pembeli wanita dan penjual lelaki
tersebut: