Gempar ! Isteri Potong Zakar Suami Kerana Menggatal Dengan Wanita Lain


Dua kejadian berasingan dilaporkan berlaku di India di mana dua orang isteri yang 
geram dengan suami mereka yang menggatal dengan perempuan lain, bertindak
memotong alat kelakian suami masing-masing.

Jettu Devi, 30, cuba memotong alat kelakian suaminya setelah terserempak dengan 
suaminya Kaushak Kishor Sing, 30-an, yang sedang berasmara dengan seorang wanita
lain di rumah mereka di Katihar, sebuah daerah di negeri Bihar, minggu lepas.

Namun penduduk kampung sempat mengejarkan Singh, seorang peon sekolah ke 
hospital berhampiran di mana doktor berjaya menyelamatkannya.

"Satu laporan telah dibuat terhadap wanita berkenaan. Dia dibebaskan dengan jaminan 
dan kini tinggal bersama ibu bapanya. Dia menyerang suaminya dengan objek tajam. 
Suaminya hanya mengalami kecederaan kecil dan kini sihat," kata Supritendan Anil
Kishore Yadav.

Namun nasib tidak menyebelahi Kanu Makwana, 30, apabila alat kelakiannya terpotong 
habis akibat perbuatan isterinya, Kailasben Makwana, 35, yang juga berpunca daripada-
nya yang menggatal dengan perempuan lain. Kejadian berlaku di rumah mereka di 
daerah Amraiwadi di Ahemdabad awal bulan ini.

Si isteri dikatakan telah merancang dengan teliti tindakannnya itu. Dia mengajak suami
nya ke dalam bilik tidur selepas makan malam.Menjangkakan mereka akan berasmara, 
si suami naik ke atas katil sebelum si isteri mengikat kedua-dua belah tangan dan kaki 
suami malang berkenaan.

Tanpa diduga, semasa si suami sedang merasa ghairah, si isteri pula dengan perasaan
marah bertindak memotong alat kelamin si suami dengan pisau."Organ tersebut 
terpotong dua. Doktor berusaha untuk menyambungnya semula tetapi tidak berjaya
Alat itu terpotong teruk dan alat lelaki itu tidak boleh lagi berfungsi," kata penolong 
pentadbir hospital awam di Amraiwadi, Dr Gautam Sharma. 

KONGSI KEPADA RAKAN