Gadis Trauma Jadi Lauk 4 Lelaki



Kajang: Dua jam umpama dalam neraka. Itu nasib dialami seorang gadis apabila dia 
diperkosa empat lelaki secara bergilir-gilir di bilik hotel di Taming Jaya, di sini, 
hanya kerana termakan pujukan kenalannya untuk keluar makan bersama.Dalam 
kejadian jam 2 pagi itu, mangsa yang berusia 20-an sebaliknya dijadikan tawanan 
dan hamba seks sebelum berjaya diselamatkan anggota polis yang menyerbu hotel 
berkenaan pada pagi sama.

Sumber polis berkata, mangsa pada mulanya diajak keluar makan oleh seorang suspek
berusia 23 tahun jam 2 pagi hari kejadian.Menurutnya, mangsa yang tidak mengesyaki
apa-apa bersetuju untuk mengikut suspek yang juga kenalan baiknya.“Sebaik selesai
makan, mangsa meminta suspek menghantarnya pulang, namun lelaki terbabit memberi 
alasan ingin ke hotel berjumpa dengan rakannya terlebih dahulu.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju mengikut suspek. Malangnya tiga
lelaki yang sedia menunggu di hotel itu mengheret mangsa masuk ke dalam bilik di
tingkat dua hotel itu,” katanya. Sumber berkata, mangsa yang terkejut dengan tindakan 
suspek cuba melawan, namun gagal sebelum diperkosa keempat-empat suspek secara
bergilir-gilir.

“Sekitar jam 4 pagi, dua anggota polis melakukan rondaan cegah jenayah dikatakan 
terserempak tiga suspek terbabit dalam keadaan mencurigakan di ruang lobi hotel,” 
katanya.Menurut sumber, dua anggota polis itu bagaimanapun curiga apabila suspek 
tiba-tiba melarikan diri ketika dihampiri.

“Namun, tindakan pantas polis berjaya menemui suspek bersembunyi di tingkat dua 
hotel bersama seorang lagi rakannya. Hasil pemeriksaan, polis menemui mangsa dalam 
keadaan tidak terurus dan memberitahu diperkosa,” katanya.Sumber itu berkata, polis 
menahan ketiga-tiga suspek sementara seorang lagi penjenayah sempat melarikan diri
dengan terjun melalui tingkap.

KONGSI KEPADA RAKAN