Foto Tanpa Seurat Benang Pelakon Indon Kirana Larasati Tersebar?


Baru-baru ini gempar dengan satu lagi foto bogel pelakon dari Indonesia 
yang telah tersebar meluas di laman web, dan foto bogel tersebut didakwa
adalah bintang “Purple Love”, Kirana Larasati.

Walaubagaimanapun, masih ramai orang yakin bahawa gambar tersebut adalah
 gambar yang telah di “edit” secara digital.

Dalam foto pertama, memperlihatkan seorang wanita sedang berbaring di atas
katil tanpa seurat benang, dan foto kedua pula menampakkan wanita tersebut
sedang “pose” dalam keadaan separuh bogel dengan menutup payu-daranya 
dengan rambut.

Satu forum di laman web membincangkan foto yang didakwa milik Kirana itu 
adalah palsu, dan ramai yang yakin bahawa foto tersebut telah diubah suai.


Salah seorang daripada penulis di forum tersebut juga menyatakan bahawa foto
tersebut nampak seperti diubah suai dengan menggunakan ‘Photoshop’ kerana
perincian foto disembunyikan menyebabkan ia susah untuk diperinci.

Pada masa sama, pengurus kepada Kirana, Yopie, sekeras-kerasnya menafikan
bahawa itu adalah foto Kirana.

“Ia tidak mungkin foto Kirana. Saya kenal dengannya dan dia tidak suka 
bergambar seperti begitu. Itu bukan gambar dia,” jelas Yopie. – HM
KONGSI KEPADA RAKAN