Bayar RM20 Boleh Peluk Dan Raba Deretan Wanita


Sebuah pusat hiburan dikesan mengaut keuntungan lumayan dengan meng-
galakkan pelanggan memeluk serta meraba deretan wanita pelayan pelanggan
(GRO) ditawarkan asalkan mereka membeli minuman keras.

Kegiatan maksiat dianjurkan premis terletak di Dataran Mentari, Bandar Sunway
di sini, menyebabkan premis itu menjadi tarikan golongan lelaki tempatan hampir
setiap malam berikutan mereka hanya perlu berbelanja serendah RM20.



Aktiviti tidak bermoral itu bagaimanapun dibongkar selepas sepasukan pegawai
dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat 
Polis Kontinjen (IPK) Selangor melakukan serbuan di premis itu jam 11 malam 
kelmarin.-harianmetro

KONGSI KEPADA RAKAN

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI: