AGNES MONICA TIDAK SENGAJA DEDAH PUTING DADA DALAM VIDEO MUZIK


Baru-baru ini, penyanyi Indonesia terkenal, Agnes Monica yang telah
menukar nama kepada Agnez Mo telah menerbitkan video muzik 
antarabangsanya yang pertama bersama produser dan rapper terkenal 
Amerika, Timbaland.

Disebabkan prestasinya di Indonesia sangat cemerlang, maka harapan 
menggunung diberikan pada lagu dan video muzik lagu bertajuk ‘Coke Bottle’ 
ini. Namun yang menarik, video ini dikatakan seperti menggunakan produksi 
amatur dan kelihatan murah.

Tetapi, yang membuatkan ianya menjadi sebutan adalah kerana isu sebahagian 
dari dada Agnez kelihatan jelas sehingga menampakkan bahagian puting beliau.
Tidak pasti samada memang beliau tidak tahu atau sengaja dibiarkan untuk 
cetuskan kontroversi kami pun tidak tahu.

Walau sudah diajukan soalan, Agnez tidak mahu menjawab dengan lebih lanjut 
dan seolah-olah membiarkan saja perkara ini kerana pihak produksi dan 
pengurusannya tidak bertindak apa-apa untuk memperbaiki video muzik ini.


KONGSI KEPADA RAKAN

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI: