[18sx] Wanita Tanpa Seurat Benang Berjemur Di Tingkap Sebabkan Kemalangan


TINDAKAN seorang wanita berjemur dalam keadaan bogel di tingkap 
kediamannya menimbulkan keadaan kelam kabut apabila mengganggu 
tumpuan pemandu hingga menyebabkan berlaku kemalangan jalan raya.
Pengguna jalan raya tidak dapat memandu dengan tenang apabila terlihat 
wanita berkenaan di bangunan kediaman yang terletak di Vienna, Austria itu.

Gregory Shakaki menyedari aksi selamba itu dan merakamkan gambar 
seorang wanita berbaring dengan kakinya menjulur ke luar tingkap di aras 
tiga bangunan itu.

“Saya terkejut apabila melihatnya,” kata pelajar itu.

Ternyata Shakaki bukan satu-satunya saksi kejadian itu, sebaliknya ramai lagi
pengguna jalan raya yang terkesan dengan perbuatan wanita berkenaan.

Michael Kienast berkata, wanita itu terlalu inginkan sinaran matahari hingga
melakukan sesuatu yang jarang dilakukan.“Ketika ramai mendongak melihat
wanita itu, saya terdengar ada yang menjerit kepada pemandu yang terlanggar
kenderaan lain di hadapannya.

“Pemandu itu kemudiannya meminta maaf dan mengakui tumpuannya 
terganggu berikutan tindakan wanita itu dan menunjuk ke arah tingkap 
di mana wanita itu sedang berbaring,” katanya.

Menyedari punca pelanggaran yang tidak disengajakan itu, mangsa kemalangan
kemudiannya berkata: “Oh, baru saya faham maksud awak.”Pada masa sama,
beberapa kereta dilihat menghalang lalu lintas kerana pemandunya terlalu asyik 
melihat gelagat wanita itu hinggakan polis peronda terpaksa dipanggil 
untuk mengawal keadaan.

Bagaimanapun, sebaik polis tiba, wanita itu sudah masuk ke kediamannya dan 
menutup tingkap.- mynewshub

KONGSI KEPADA RAKAN