Wanita dirogol Bangla, rakan sebilik hingga hamil


Wanita berusia 22 tahun berasal dari Tanjung Karang memerlukan tempat tinggal
setelah mendapat kerja sebagai cashier di sebuah company mencuci kereta
pada Januari lalu.

Pada awalnya, mangsa tinggal bersama dengan majikannya, akan tetapi 2 bulan 
kemudian dia diminta berpindah ke asrama company (rumah kedai) yang terletak
di Taman OUG.

Apabila sampai di asrama tersebut, mangsa mendapati dia terpaksa berkongsi 
bilik dengan 2 orang lelaki bangla. Bertambah buruk pula, penghuni asrama 
terbabit semuanya lelaki bangla. 

Mangsa cuba meminta sebuah bilik untuk dirinya tetapi ditolak. Seminggu 
kemudian, mangsa dirogol oleh salah seorang rakan sebiliknya.

Mangsa melaporkan kejadian itu pada majikan dan merayu agar dia dipindahkan 
ke tempat lain tetapi tidak diendahkan. Sebaliknya, majikannya memberitahu
jika dia tidak suka tinggal di tempat itu, dia kena cari tempat tinggal sendiri.

Mangsa yang berasal dari keluarga yang susah. Pendapatan kerjanya pula tidak
seberapa. Dia tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk membayar sewa
bilik sendiri. Akhirnya dia terpaksa tinggal di situ juga. Mangsa juga mengakui 
dia malu nak memberitahu kejadian malang itu kepada keluarganya.

Sebulan kemudian, mangsa dirogol sekali lagi oleh lelaki yang sama. Seminggu
kemudian mangsa mendapati dirinya mengandung.

Mangsa akhirnya menceritakan kejadian malang yang menimpa dirinya itu
kepada rakannya dan membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields pada
22 May. 

Polis telah menahan lelaki bangla tersebut namun telah diikat jamin oleh majikan-
nya. Sejak dari itu, tiada sebarang tindakan dari pihak polis dan mangsa tidak 
dibawah pun untuk medical check up untuk mengesahkan dia mengandung.

Lebih teruk lagi, dia diugut oleh majikannya kerana membuat laporan palsu. 
Mangsa kemudiannya mendapati, polis telah menutup kes terbabit selepas
mendengar penjelasan dari pihak majikannya dan rakan sebiliknya men
dedahkan kepada pihak polis bahawa lelaki yang merogolnya itu adalah 
teman lelakinya.

Mangsa menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbabit.

Sumber: mymediahub
KONGSI KEPADA RAKAN