Insan bergelar artis sememangnya jadi perhatian orang ramai di mana juga mere-
ka berada. Ada juga artis yang sanggup mengenakan pakaian yang berisiko tinggi,
walaupun tidak selesa atau terlalu menjolok mata...asalkan sentiasa di pandang
anggun dan seksi oleh peminat dan orang ramai.
Dan ada di antara mereka terpaksa menanggung malu yang yang tidak terhingga
akibat pakaian yang mereka kenakan.
Salah seorang darinya ialah Yeo Min Jung seorang artis dari Korea. Insiden mema-lukan ini terjadi semasa Yeo Min JUng berjalan di atas karpet merah ketika meng-hadiri 'Puchon International Fantastic Film Festival'.
Tiba-tiba gaun seksi yang di pakainya melorot sehingga mendedahkan sebahagian
besar payudaranya. Walaupun malu dan terkejut artis ini terpaksa juga berdepan
dan meneruskan acara di karpet merah dengan tersenyum seolah-olah tiada apa-
apa yang berlaku.
Selain itu, Yeo Min Jung juga membuat penampilan kontroversi kerana belahan
dari gaun biru yang di pakainya terlalu tinggi sehingga menampakkan sebahagian
dari seluar dalamnya yang berwarna hitam. Inilah dunia artis...yang penting keli-
hatan seksi di mata peminat yang lain tolak tepi. Lihat video dibawah :