rakan dapat menyusup masuk ke dalam kelab malam berkenaan.
Liza berkata, dia berkunjung ke kelab malam itu bersama rakan yang menetap
di kawasan kediaman sama sekitar ibukota.
“Kawan-kawan dewasa akan masuk dulu, lepas tu salah seorang akan keluar
dan pinjamkan kad pengenalan mereka kepada kami.
“Bouncer takkan periksa kad pengenalan betul-betul, asalkan berusia lebih
21 tahun akan dibenarkan masuk,” katanya.
Ditanya sekiranya ‘bouncer’ berkenaan tidak mengesyaki dengan melihat wajah
mereka berpadanan dengan kad pengenalan terbabit, Liza berkata ‘bouncer’ tidak
akan berbuat demikian.
“Kalau mereka hendak lihat wajah pun, kad pengenalan milik rakan saya itu
bertudung,susah juga mereka nak mengecam wajah sebenar yang sudah disolek.