Seorang lelaki bernama Kamal Zawar telah datang menziarahi adik remaja OKU
iaitu Firdaus Dullah yang dijumpai dalam keadaan yang sungguh kasihan. Lelaki
ini sempat berborak dengan seorang wanita bernama Puan Nor yang pernah men-
jaga adik Firdaus.
Memang amat terperanjat dengan pendedahan yang dibuat dan Kamal terus
membuat status di FBnya. Sememangnya inilah penjelasan yang patut diberitahu
masyarakat.
Jom baca penjelasan sebenar dari bekas penjaga:
Kisah benar Puan Lola & Adik OKU : Muhammad Firdaus Dullah
~~~~~~~ sumber dari : FB Kamal Zawar~~~~~
Bismillah. Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwa diberi keizinan
Allah untuk melawat adikMuhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku Jaafar,
Seremban..
Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat
bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat di"share"
kepada sesiapapun yang andajumpa diluar mahupun Facebook friends list anda.
Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia "dikurung"
oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah yang berleluasa tentang
betapa "zalim"nya si ibu itu,
saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian
semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak termakan
fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun post di Facebook.
Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan generasi
"mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya atas
"perbuatan" tidak berhatiperut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola.
Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan sebagainya
sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah fitnah yang amat tidak
bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon share" dan keyboard warrior
terhadap ibunya...
Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak Nor
( Dalam gambar di bawah, yang sedang memeluk Firdaus ) yang merupakan jiran,
bekas penjaga adik Firdaus,dan juga sahabat baik Puan Lola.
Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah
sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus...Walhal, keprihalan Firdaus
diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka kerana semasa Kak Nor
masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain
di perumahan tersebut.
Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun
begitu,akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke
Gemencheh..
Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa
ketiadaanPuan Lola ke tempat kerja.
Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan Firdaus
berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja keluarga.
Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit yang amat sangat.
Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun ( Turut berada di hospital dalam
wad yang sama kerana Puan Lola ditahan ) menpunyai kondisi "Hyperactive".
Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit..
Masya Allah besar ujian keluarga ini.
Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan motor perubatan,
menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah dan macam2 lagi dan akibat ke-
payahan ini, mereka hidup sekangkang kera sebagai mana anda boleh lihat dalam
rumahnya yang kosong.
Untuk menambah pendapatan, Puan Lola mencari dan menjual tin kosong dan
juga kotak- kotak... Masya Allah.
Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput kepada Firdaus,
"mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 sekalipun ?" Jawapannya senang, ya
mereka teramat miskin hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu.
Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola, kebetulan datang
dalam wad tadi bersama saya adalah seorang lelaki yang merupakan ahli NGO
kawasan perumahan Puan Lola sekeluarga.
Beliau pernah bekerja denga Puan Lola selama 6 tahun di KLIA dan beliau turut
mengatakan bahawa apa yang masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola adalah
salah sama sekali.
Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan selalu kerja "overtime" untuk
mencari duit lebih bagi menampung keluarga.
Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad kanak-kanak
tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta sesen pun berulang alik
dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga adik
Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali memanggil
"Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang masih lagi diingatinya.
Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus yang mana beliau kini ditahan untuk
direkodkan keterangan.... Moga Allah pertemukan mereka semula dengan secepat
mungkin, insya Allah.
Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu sepakat
bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang digambarkan oleh media
massa, generasi "mohon share" dan juga keyboard warrior terhadap keluarga
Puan Lola.Moga Allah dapat permudahkan urusan mereka dan kita semua,
insya Allah.
Tidak percaya dengan apa saya tulis nih ? Pergi lawat sendiri adik Firdaus di
Wad Kanak-KanakHospital Seremban. Tiada satu pun calar atau parut dera
pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih sayang ibu yang bersusah
payah menjaga si adik meskipun ibunya sakit dan tidak mampu...
###########
Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :
1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas
Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu adik Firdaus jika
berkesempatan.
Kita harus ingat, jika orang kutuk mak kita kita mesti akan marah bukan main
lagi dan akan membalas perbuatan terkutuk tu betul tak ? Bayangkan anda telah
mencaci ibu kepada adik Firdaus yang OKU yang tidak mampu untuk marah atau
membalas perbuatan anda terhadap ibunya.. Anda patut malu dengan diri anda
dan segeralah bertaubat.
2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci terhadap
sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah. Ingatlah Fitnah itu
dosanya lebih besar dari membunuh Mampukah anda tanggung dosa itu
diakhirat kelak ? Wallahualam.
3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu NGO
ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan berkawanlah
dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda mungkin sedikit, namun
bagi mereka ianya tidak ternilai... Besedekahlah sentiasa, meskipun harta di-
dunia kurang, harta dan pahal diakhirat berkali ganda Allah akan balas.
4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan dan belanja
Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu. Kalau rumah anda
ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke, kumpul dan derma kepada mereka
Kan lagi bagus macam tu. Marilah besedekah kerana semua ini amalan yang
digalakkan agama Tak rugi pun kita, lagi untung ada
5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad, but hiding the
truth is even worse". Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kongsikan post ini
kepada semua supaya kebenaran diketahui umum. Insya Allah hanya Allah dapat
membalas jasa anda.Walahualam.