Saya Sudah Tiduri 30 Lelaki Kenalan Facebook - Qila


Usianya baru mencecah 20 tahun,namun dia mendakwa ditiduri secara rela 
oleh 30 lelaki yang dikenalinya dari facebook.hanya mahu dikenali sebagai Qila.

Remaja berasal dari selatan air itu mengaku pada mulanya seronok melalui hidup 
sebagai ‘playgirl’ sebelum ditimpa musibah.

Meskipun mempunyai raut wajah sederhana, keinginan untuk memiliki teman 
lelaki seperti rakan lain yang berwajah cantik tetap menebal dalam diri. Justeru,
tanpa menyiasat latar belakang individu yang mahu mengenali dirinya, dia
menerima sesiapa saja sebagai rakan asalkan lelaki.

Mengakui dirinya liar sejak zaman sekolah, anak kelima daripada enam beradik
itu mula mengenali arak, dadah dan rokok sejak berusia 17 tahun. Bukan tiada 
yang menegur perbuatannya, namun dia enggan mendengar nasihat dan hanya 
ikut kepala sendiri.

“Saya memang menjadikan fb sebagai batu loncatan untuk mencari kenalan, 
 terutama di kalangan lelaki. Saya akui tidak mempunyai ramai kawan perempuan 
 kerana rimas dan benci dengan sikap penyibuk mereka. “Ketika rakan lain sibuk
 membuat ulang  kaji untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya sibuk 
 berpeleseran dan ‘enjoy’ dengan teman lelaki mencari keseronokan dunia,” 
 katanya  ketika ditemui   baru-baru ini.

Ketika peperiksaan berlangsung, Qila tidak duduk bersama keluarga, sebaliknya 
tinggal sebumbung bersama teman lelaki di rumah sewa. Tidak terlintas langsung 
kerisauan di hatinya kerana keseronokan bersama teman lelaki yang dikenali 
melalui fb membuatkan dia terus hanyut.

“Seperti dijangka, apabila keputusan peperiksaan diumumkan, keputusan saya
 tidak  memberangsangkan.

Namun saya masih tak ambil kisah kerana teman lelaki sentiasa datang silih 
berganti untuk menemani.

“Selain memberi wang dan keseronokan, saya menjadi tempat melampiaskan 
 nafsu setiap lelaki yang mahu berkawan. Bagi saya, hal dalam bilik perkara
 kecil dan bukan  masalah besar,” katanya.

Menurut Qila, sifat cepat bosan menyebabkan dia sering bertukar teman lelaki 
hingga ada kala selepas berjumpa seorang lelaki, dia menemui lelaki lain pada 
hari sama.“Kegiatan liar saya bagaimanapun berjaya dihidu keluarga, terutama 
abang yang mengesyaki saya sudah ‘dijamah’ lelaki, selain melihat perubahan 
pada wajah yang mempunyai ‘mata panda’ akibat mengambil dadah berlebihan.

“Mereka bertanya adakah saya mengambil dadah, namun saya tak mengaku 
hinggalah mereka mengugut mahu menjalankan ujian darah di klinik. Disebabkan 
tiada pilihan, akhirnya saya mengaku,” kata anak kepada pekerja kilang ini. 
Qila berkata, selepas keluarga tahu apa berlaku, mereka menangis dan terkilan 
dengan sikapnya.

 Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana tidak dibuang keluarga, sebaliknya
 dihantar menjalani pemulihan di sebuah rumah perlindungan untuk gadis 
 bermasalah.

“Selepas ini, saya berjanji akan mengubah hidup dan membantu ibu mengusaha
 kan perniagaan jahitan langsir dan pakaian,” katanya yang kini menghidap ke-
 tumbuhan di rahim.-kisah benar-siakapkeli 
KONGSI KEPADA RAKAN