Putus cinta disebabkan saiz payudara yang terlalu besar!


Mungkin sesetengah wanita begitu berbangga memiliki sepasang buah dada 
yang besar dan menyifatkan diri mereka sebagai ‘seksi’ serta mampu menarik 
ramai lelaki untuk melutut di hadapan mereka.

Namun berbeza Stephanie Fox yang memiliki buah dada sebesar 32K, dia rasa 
begitu terseksa apabila gagal memiliki teman lelaki, sukar mendapat pakaian yang 
sesuai dan sering ditohmah serta dijadikan ‘buah mulut’ oleh masyarakat 
sekelilingnya.

Stephanie, 21, yang tertekan dengan saiz buah dadanya itu mengeluh ekoran
lelaki tidak bertentang mata ketika berbual dengannya, sebaliknya mata mereka
lebih tertarik untuk merenung ke arah buah dadanya sahaja.

Dia yang sering sakit-sakit di bahagian belakang akibat buah dada yang terlalu 
berat untuk tubuhnya merasa tersinggung apabila rakan-rakan perempuannya
yang melemparkan tohmahan kononnya dia adalah bintang porno.

“Ramai wanita idamkan buah dada yang besar, padahal ia adalah satu mimpi 
 buruk.

“Kebanyakan lelaki yang saya temui adalah lelaki yang jenis kotor, jarang sangat 
 mereka melihat ke arah wajah saya ketika berbual dengan saya.

“Kadangkala, ia boleh begitu menakutkan. Sebahagian dari mereka suka 
 menyentuh (di bahagian buah dada) saya. Jadi, jika keluar bersama rakan-rakan
 lelaki saya, mereka selalunya berada di sekeliling saya sebagai pengawal,” katanya.

Menurut Stephanie, ramai dikalangan rakan-rakan perempuan menganggap 
buah adanya itu palsu sebagaimana bintang-bintang porno dan menganggap 
dirinya menceburi bidang tidak bermoral itu.

“Wanita-wanita tersebut mengandaikan buah dada saya palsu, mereka tengok
 saya bagaikan saya seorang bintang porno.

“Mereka mengeleng-gelengkan kepala apabila bertembung dengan saya dan 
saya boleh dengar mereka berkata ‘nampak sangat palsu’ dan ‘cuba tengok dia 
berlagak dengannya’. Saya cuba senyum bila melalui perkara ini, tapi kadang-kadang ia agak menyakitkan hati saya,” katanya lagi.

Stephanie menjelaskan bahawa dia terpaksa berpisah dengan teman lelakinya 
pada tahun 2010 ekoran kekasihnya itu tidak tahan cemburu apabila terlalu 
ramai lelaki yang merenung ke arah buah dadanya.

“Saya berpisah dengan teman lelaki saya pada tahun 2010..dia sangat cemburu.
 Bila kami keluar bersama dia kerap marah-marah apabila lelaki merenung saya. 
Saya cuba beritahu dia bahawa saya tak mampu berbuat apa-apa,” ujarnya kesal.

Selain itu, lelaki-lelaki yang ditemuinya selepas itu semuanya tidak boleh diharap 
apabila mereka lebih obses kepada buah dadanya sahaja berbanding memberikan
cinta sejati.
KONGSI KEPADA RAKAN

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI: