gambar hiasan
Jitra: Seorang lelaki warga tua yang hanya dibaluti selimut dari paras pinggang ke
bawah tanpa berbaju, manakala pasangannya hanya berkemban, ditahan ber-
Lelaki berusia 61 tahun dan pasangannya yang berumur 63 tahun ditahan oleh
sepasukan penguat kuasa Pejabat Agama Kubang Pasu (PADKP), kira-kira jam
1.40 pagi. Difahamkan, lelaki itu singgah di rumah wanita berkenaan sebaik selesai
belajar agama di sebuah pondok berdekatan. Jurucakap PADKP berkata, ketika
tiba di rumah itu selepas menerima aduan awam, mereka mendapati rumah itu
dalam keadaan gelap dan pintu bertutup rapat.
Tutup badan dengan selimut
Selepas pintu diketuk beberapa kali, seorang lelaki warga tua yang hanya menutup
badan menggunakan selimut dari paras pinggang ke bawah tanpa baju, membuka
pintu. Setelah melakukan pemeriksaan, pasukan itu menemui seorang wanita
duduk di atas katil dalam sebuah bilik dengan hanya berkemban.
“Ketika disoal siasat, pasangan itu yang segan silu akhirnya mengaku tidak mem-
punyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri sehingga menimbulkan
syak melakukan maksiat.
“Lelaki itu memberi alasan dia dalam proses perceraian dengan isterinya,
manakala wanita itu pula mengakui kematian suami setahun lalu. Kita percaya
alasan itu hanya untuk mengelak ditahan,” katanya.
Sudah lama jalin hubungan
Jurucakap itu berkata, berdasarkan maklumat penduduk setempat, pasangan
terbabit sudah lama menjalinkan hubungan dan anggota keluarganya sendiri
sudah berkali-kali menasihati tetapi tidak diendahkan. “Sepatutnya mereka
menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada anak dan cucu tetapi
sebaliknya pula yang berlaku,” katanya.
Pasangan itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Jitra untuk dibuat laporan
tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan.