Seringkali dikecam dan dihimpit dengan kontroversi mengenai penampilannya
yang kurang sesuai dengan imej wanita bertudung, Rafidah Ibrahim tidak melatah
dan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa.
Namun begitu, timbul cakap-cakap kurang enak mengenai penampilan yang
dibawanya mencalarkan imej keseluruhan wanita bertudung.
Bertemu dengan gadis yang mesra dengan sapaan Fida ini semasa pelancaran
Kempen Keselamatan Jalan Raya ‘Pandu Selamat’ MUFORS Secara Online di Balai
Berita Bangsar pada Jumaat, GUA sempat bertanyakan Fida mengenai perkara ini.
"Tak patut orang salahkan saya. Bila perkara sebegini berlaku, ada yang mengait
kan saya dengan wanita bertudung yang lain. Saya macam orang lain juga, ada
kesilapannya," tutur Fida memulakan bicara.
"Kalau ada tuduhan yang berlaku pada saya, jangan kaitkan dengan yang wanita
lain yang berhijab. Kalau rasa saya yang salah, saya pohon untuk fokus dengan
saya sahaja, bukan melihat semua wanita bertudung secara keseluruhannya."
Tambah Fida, peminat yang betul-betul mengenali dirinya dan mengikut per-
Tambah Fida, peminat yang betul-betul mengenali dirinya dan mengikut per-
kembangan kerjaya seninya kebanyak kannya memahami, tapi ada juga sese-
tengah orang hanya mendengar cakap-cakap orang lain tanpa mendengarkan
penjelasan dari mulutnya sendiri.
"Kebanyakkan peminat memahami saya. Tapi ada juga mendengar dan meng-
hukum tanpa usul periksa. Bagi saya, jangan mudah meletakkan hukum atau- menghakimi seseorang sebelum mengetahui perihal sebenarnya," ujar gadis ini
lagi.
Dalam perkembangan lain, rencana perjalanan seni gadis ini berlangsung seperti
Dalam perkembangan lain, rencana perjalanan seni gadis ini berlangsung seperti
biasa. Fida juga bakal menghasilkan lagu solo dan duet dalam sedikit masa lagi.
Selain itu, gadis ini juga punya perancangan untuk merakamkan lagu yang akan
Selain itu, gadis ini juga punya perancangan untuk merakamkan lagu yang akan
menjadi kesinambungan untuk single hitnya, "Apo Kono Eh Jang"