Lelaki Rogol Budak Perempuan Depan Anak Sendiri


SIBU – Sepasang suami isteri berumur 51 dan 42 tahun ditahan polis di sebuah tapak binaan di Jalan Wawasan di sini pada jam 12.50 tengah hari kelmarin ber-
hubung satu laporan kes rogol membabitkan seorang budak perempuan berumur
13 tahun.

Dalam kejadian pada jam 6 petang Rabu lalu, mangsa dipercayai dirogol di 
hadapan anak suspek sebelum dibelasah oleh isteri suspek di rumah pekerja 
kilang di Jalan Bawang Assan, di sini.

Dalam insiden itu, mangsa dipercayai dipaksa berbaring di atas lantai sebelum
suspek membuka pakaiannya dan melakukan perbuatan terkutuk itu.

Mangsa tidak melawan kerana dipercayai takutkan suspek.

Perbuatan keji itu turut disaksikan oleh anak lelaki suspek berumur 11 tahun yang
kemudiannya menceritakan segalanya kepada ibunya (isteri suspek).

Isteri suspek yang hilang pertimbangan setelah mengetahui perkara itu kemudian
dipercayai bertindak menendang kepala, menampar muka serta menghentak
kepala mangsa ke dinding.

Tidak cukup dengan itu, badan mangsa juga dipercayai dicucuh dengan api rokok
 malah rambut mangsa digunting dan kepalanya dicukur oleh isteri suspek.

Selepas insiden itu, mangsa dan abangnya melarikan diri ke rumah datuk mereka
dan memberitahu apa yang terjadi.

Pada jam 11 malam keesokannya, mangsa dibawa ke Balai Polis Sentral untuk 
membuat laporan polis.Mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk menjalani pe-
meriksaan perubatan pagi semalam.

Difahamkan, mangsa dan abangnya tinggal bersama keluarga suspek sejak dua
bulan lalu setelah dihalau oleh ibu bapa mereka dari rumah.

Pasangan suami isteri tersebut kini ditahan reman sehingga Isnin ini sementara 
siasatan kes dijalankan. – The Borneo Post
KONGSI KEPADA RAKAN