Kerana Selfie, Pelajar Tersepit Dalam 'Faraj'


SEORANG pelajar dilaporkan telah terperangkap di dalam replika batu faraj
gergasi di Tubingen, Jerman.

Pelajar pertukaran dari Amerika Syarikat itu tersepit pada marmar faraj gergasi
itu ketika cuba memasuki ke dalamnya untuk merakam gambar pada Jumaat.

Berikutan itu, lima kenderaan yang dilangkapi 22 anggota bomba dikerah untuk
membebaskan pelajar berkenaan.

Ketika mangsa tersepit, terdapat orang ramai yang merakam gambar dan me-
nyebarnya di laman sosial sebagai kejadian yang memalukan.



Selain itu, pihak bomba juga menganggap tindakan lelaki terbabit sebagai 
memalukan apabila dia cuba memasuki faraj gergasi.

Faraj gergasi itu merupakan hasil seni seorang artis dari Peru, Fernando 
de La Jara dan telah berada Universiti Tubingen sejak 13 tahun lalu.

Replika yang dipanggil Pi-Chacan itu bermaksud berkasih-sayang. 
- metro.co.uk

KONGSI KEPADA RAKAN