gambar hiasan
“Pada mulanya saya cuba abai namun beberapa minit kemudian tangan itu
kembali menjalar ke atas tubuh saya,” kataseorang penumpang wanita yang
menjadi mangsa cabul di dalam koc tempat tidur Keretapi Tanah Melayu
Berhad (KTMB),kelmarin.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Aishah, 26, berkata, kejadian
berlaku ketika dia tidur selepas kereta api bertolak dari dari Stesen Sentral
Kuala Lumpur ke Singapura jam 10.30 malam kelmarin.
“Saya sering membeli tiket untuk katil di bahagian bawah koc kerana ia lebih
selesa dan memudahkan saya sepanjang perjalanan pulang ke kampung di
Labis, Johor.
“Selepas 20 minit kereta api bergerak, seorang petugas KTMB masuk ke dalam
koc untuk menjual makanan dan minuman.Ketika itulah saya menyedari seorang
penumpang lelaki di atas katil saya,” katanya.Menurutnya, dia tidak mencurigai
penumpang lelaki itu dan menyambung tidur selepas selesai makan.
“Namun pada jam 2 pagi, saya tersedar apabila terasa alat sulit saya diraba.
Saya dapati ada tangan menyusup masuk dari celah langsir katil saya.
“Apabila menyedari saya terjaga, suspek segera menarik keluar tangannya.
Walaupun terkejut dengan kejadian itu, namun saya membuat keputusan
mengabaikannya,” katanya.
Dia bagaimanapun terkejut apabila tangan itu kembali muncul dari celah langsir
katil dan cuba meraba tubuhnya sekali lagi.
“Akibatnya saya menjerit sambil menepis tangan itu.
Saya percaya ia dilakukan penumpang lelaki yang berada di atas katil saya,”
katanya.
“Berang dengan perbuatan tidak senonoh individu itu, Aishah memaklumkan
kejadian berkenaan kepada kakitangan KTMB menyebabkan suspek lelaki
itu ditahan sebelum diserahkan kepada polis sebaik tiba di Stesen Labis pada
jam 5 pagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi
berkata, seorang lelaki berusia 21 tahunberasal dari Kluang, Johor diserahkan
kepada pihaknya oleh kakitangan KTMB selepas mendapat aduan daripada
mangsa.
Katanya, pihaknya menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan
termasuk menjalankan ujian air kencing ke atassuspek sama ada suspek
di bawah pengaruh dadah atau sebaliknya ketika kejadian.