Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang
malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan potongan ayat
lelaki tersebut.
“Isteri saya enak disetubuhi jin, sedangkan saya keseorangan di sofa ruang tamu
dengan hanya ditemani nyamuk-nyamuk yang menggila seolah-olah mengejek-
ejek diri saya," ungkap pemanggil tersebut.
Teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya telah mengaturkan satu per-
temuan dengan pemanggil tersebut. Ridzwan, 31, (bukan nama sebenar) telah
berjaya mengubah dimensi saya tentang kewujudan alam lain di muka bumi ini.
Melihat secara luaran, perwatakan Ridzwan sama seperti lelaki-lelaki lain malah
dia kelihatan kemas dan segak, sesuai dengan profesionnya sebagai seorang
pengurus di sebuah syarikat terkemuka. Nyata telahan saya tersasar kerana
menyangka Ridzwan seorang lelaki yang tidak terurus ekoran masalah yang
sedang dialaminya itu.
“Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah mahu membuka aib keluarga
mahupun isteri saya, tetapi amat berharap agar perkongsian ini dapat memberi
manfaat kepada suami-suami yang mungkin menerima nasib yang sama seperti
saya tetapi masih tertanya-tanya apakah musibah yang sedang melanda mereka,
" ujar Ridzwan membuka bicara.
Menurut Ridzwan, peristiwa ini berlaku lima tahun lalu selepas usia perkahwinan
mereka mencecah tiga tahun. Menurutnya, keganjilan yang mula melanda isteri-
nya itu berlaku sekembalinya mereka dari percutian di Tawau, Sabah kerana me-
ngikutinya bekerja di luar kawasan.
Kesempatan bekerja di kawasan itu telah dimanfaatkan oleh mereka untuk terus
pergi bercuti. Apatah lagi mereka masih belum dikurniakan anak setelah tiga
tahun berkahwin menyebabkan mereka sentiasa mengisi setiap kesempatan yang
ada untuk bersama.
“Sejak pulang dari Tawau, isteri saya mula berubah perangai setiap hari selepas
pukul 10 malam. Pada mulanya, saya tidak menyangka apa-apa kerana dia sendiri
mengakui kadang-kadang mood seseorang itu sentiasa berubah-berubah.
Namun, keadaan itu berpanjangan sehinggalah tiga bulan," ujar Ridzwan lagi.
Apa yang ganjilnya, isterinya di waktu siang berkelakuan normal sahaja seperti
biasa.Dia amat suka jika Ridzwan sentiasa merapatkan dirinya dan saling ber-
sentuhan, malah dia jugalah yang sentiasa merangsang Ridzwan supaya melayani
nya pada malam hari.
Namun setelah jam menunjukkan oukul 10 malam, isterinya itu terus tidur dan
memalingkan diri ke arah bertentangan dengannya.
“Pernah sekali saya cuba juga untuk bermesra dengannya sambil membelai-belai
rambut dan memeluknya dari belakang namun dia menepis tangan saya sambil
mendengus," tambah Ridzwan sambil pandangan matanya dilemparkan jauh-jauh
seolah-olah cuba menyembunyikan perasaanya hiba.
Pernah juga mereka bertengkar pada malam tersebut kerana isterinya seolah-olah tidak rela disentuh oleh Ridzwan dan menganggap seolah-olah suaminya
itu cuba untuk merogolnya. Setiap malam juga Ridzwan akan kecewa dan mem-
bawa dirinya tidur berseorangan di ruang tamu rumah mereka.
Seperti biasa, pada sebelah pagi, isterinya akan bangun dengan begitu segar
sekali dan penuh bersemangat. Dia seringkali memberitahu Ridzwan bahawa
perasannya setiap kali bangun seolah-olah mereka telah bersama pada malam
tersebut.
Hal ini menyebabkan Ridzwan mulai curiga dan risau. Tidak mungkin isterinya
itu curang kerana setiap malam isterinya akan pulang ke rumah dan di sebelah
siangnya mereka adalah pasangan yang paling bahagia.
Isterinya juga sering mengadu yang seringkali melihat kesan lebam di pangkal
paha setiap kali bangun tidur dan pada lebam itu terdapat lima lubang halus.
“Pada mulanya, saya tidak menghiraukan aduan yang dibuat oleh isteri saya itu
dan menganggap mungkin itu hanyalah gigitan serangga di malam hari.
Tambahan pula perasaan yang kecewa pada malam hari menyebabkan saya
tidak menghiraukan aduan-aduan isteri saya itu," tambah Ridzwan.
Pernah juga dia terfikir untuk menjalankan hubungan sulit dengan perempuan
lain, namun itu sekadar angan-angan kosong bagi menyedapkan hati kerana
jauh di sudut hatinya, dia terlalu sayangkan isterinya itu.
Keadaan ini berlarutan sehingga mencecah hampir setahun.
Untuk mengatasi masalah tersebut, Ridzwan terpaksa mendatangi isterinya
pada waktu siang sebelum ke pejabat kerana menganggap isterinya hanya
bernafsu pada waktu itu.
Disebabkan keadaan ini menyebabkan isterinya semakin lama semakin susut
tubuhnya dan matanya mulai cengkung seolah-olah tidak mendapat rehat yang
secukupnya walhal isterinya tidur nyenyak seawal pukul 9 malam dan tidak
akan diganggu.
Pernah juga Ridzwan membawa isterinya berjumpa doktor, namun doktor
mengesahkan yang isterinya sihat dan hanya menasihat supaya memperbanyak
kan rehat.
Semakin hari isterinya mula mengalami kemurungan dan tidak seceria dulu. Dia
semakin menjadi pasif, takut untuk berhadapan dengan orang ramai, rendah diri,
tiada keyakinan dan prestasi kerjanya mula merosot.
Ridzwan cuba mendapatkan ikhtiar lain dengan cara menggunakan pendekatan
rawatan secara Islam.
Perjumpaan dengan seorang ustaz yang terkemuka di ibu kota telah merung-
kaikan segala persoalan yang selama ini tidak terfikir oleh Ridzwan.
Menurut ustaz tersebut, isterinya itu sedang didampingi oleh jin dan me-
nyetubuhinya setiap malam dan semakin lama jin itu semakin ketagih.
Ketika proses perubatan dilakukan, Ridzwan melihat sendiri bagaimana interaksi
antara ustaz tersebut dengan jin yang menumpang dalam badan isterinya.
“Jin tersebut mula terpikat dengan isteri saya semasa mereka menginap di sebuah
hotel di Tawau dan ketika itu isteri saya sedang mandi berbogel di dalam bilik air
hotel tersebut. Sejak itu jin berkenaan mula mendampingi isteri saya dan amat
benci kepada saya dan inginkan kami berpisah," tambah Ridzwan.
Namun, kecekalan hati Ridzwan serta rasa cintanya terhadap isteri menyebabkan
mereka berjaya mengekalkan hubungan tersebut walaupun seringkali bercakaran
Setelah pertemuan demi pertemuan diadakan dengan ustaz tersebut selama
sebulan,akhirnya jin itu berjaya dikeluarkan dan isterinya itu kembali normal dan
ceria seperti biasa. Kini perhubungan Ridzwan dan isterinya kembali normal.
Nasihat Ridzwan, jika terdapat sebarang tingkah laku atau perbuatan-perbuatan
ganjil yang dilakukan oleh seorang isteri, segera mendapatkan rawatan sama ada
secara moden atau Islam.
“Jangan pandang ringan akan hal ini kerana mungkin akan membawa ke-
mudaratan jika dibiarkan berpanjangan. Ramai dalam kalangan isteri seringkali
tidak menyedari yang dirinya telah ditiduri dan dirogol oleh jin akibat meng-
abaikan doa sebelum tidur sebagai pelindung diri. Ini akan menyebabkan jin
mudah masuk ke dalam tubuh dan mendampingi mereka tanpa disedari.
“Naluri seorang isteri adalah sentiasa berkehendakkan layanan suaminya, dan
jika dia mula menolak, mungkin ada sesuatu yang mengganggu dirinya.
Mungkin yang mengganggu itu datangnya dari alam lain, ataupun yang meng-
ganggu itu datangnya dari alam kita sendiri," kata-kata terakhir Ridzwan yang
mendalam mengakhiri pertemuan tersebut.