SANAA - YEMEN: Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun di bandar
Meedi, wilayah Hajjah, barat laut Yamanmeninggal dunia pada malam pertama
perkahwinannya dengan lelaki berumur 40 tahun, pada minggu lalu.
Ketua Dewan Rakyat Yaman dan aktivis hak asasi manusia, Arwa Othman berkata,
mangsa yang dikenali sebagai Rawan mengalami pendarahan dalaman yang teruk
dan rahimnya turut pecah selepas melakukan persetubuhan pertama dengan
suaminya.
"Mereka membawanya ke klinik tetapi doktor gagal menyelamatkannya.
"Pihak berkuasa juga belum mengambil sebarang tindakan terhadap keluarga
pengantin cilik itu mahupun suaminya.
Pemimpin puak juga dikatakan cuba untuk menutup kes tersebut selepas ia
tersebar secara meluas," jelasnya lagi.
Menurut Al-Arabiya, difahamkan kebanyakan keluarga miskin di negara itu
mengahwinkan anak perempuan mereka pada usia yang muda kerana ingin
menjimatkan kos selain mahu mendapatkan wang hantaran bagi menyara
hidup pada masa depan.