Penemuan seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dalam keadaan
menyayat hati mengundang kemarahan orang ramai apabila sebuah akaun
Facebook yang dipercayai milik ibu mangsa dikongsi secara meluas di Internet.
Akaun Facebook yang menggunakan nama 'Imashima Lola' dengan gambar profil
Akaun Facebook yang menggunakan nama 'Imashima Lola' dengan gambar profil
'selfie' wanita memakai tudung merah itu mula dikongsi di laman sosial sejak
petang Ahad dengan pelbagai komen negatif.
Kebanyakannya mengecam wanita berkenaan kerana berpelakuan tidak berperi-
kemanusiaan terhadap anaknya sendiri dengan mengurung dan membiarkan
remaja OKU itu hidup menderita bergelumang dengan tanah dan najis.
Hasil pemeriksaan di akaun berkenaan juga mendapati terdapat beberapa keping
Hasil pemeriksaan di akaun berkenaan juga mendapati terdapat beberapa keping
gambar yang dipercayai mirip wajah mangsa, Muhammad Firdaus Dullah, 15,
yang ditemui Jabatan Imigresen Negeri Sembilan pada awal pagi Sabtu.
Gambar ramaja yang dimuat naik pada September 2013 berpakaian kemeja
dengan potongan rambut paras bahu itu turut dikongsi dengan pelbagai komen
simpati oleh pengguna Facebook.
Berdasarkan pemerhatian, remaja berkenaan yang kelihatan sihat dan berisi
Berdasarkan pemerhatian, remaja berkenaan yang kelihatan sihat dan berisi
dilihat duduk di atas sebuah sofa fabrik yang sama dengan kusyen dalam
rumah di mana Muhammad Firdaus ditemui.
Muhammad Firdaus Dullah ditemui Jabatan Imigresen Negeri Sembilan.
Menurut maklumat peribadi Imashima Lola yang berasal dari Sabah itu, dia yang
tinggal di Kampong Nilai, Negeri Sembilan bekerja di sebuah syarikat katering
yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Kali terakhir Imashima Lola mengemaskini status Facebooknya ialah pada 19
Kali terakhir Imashima Lola mengemaskini status Facebooknya ialah pada 19
Jun lalu,Sejak Sabtu, negara dikejutkan dengan berita penemuan remaja OKU
ketika Ops 6P oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam keadaan me-
nyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai.
Menurut Pengarah jabatan berkenaan Faizal Fazri Othman, remaja berumur 15
Menurut Pengarah jabatan berkenaan Faizal Fazri Othman, remaja berumur 15
tahun itu bukan hanya kurus kering, malah persekitaran bilik di rumah pangsa
itu didapati dipenuhi dengan tanah dan najis.Mstar