Bintang realiti televisyen popular, "Jersey Shore", Nicole Elizabeth "Snooki" Polizzi
atau lebih popular dengan panggilan Snooki telah mencetuskan kontroversi
apabila foto panasnya kini mula tersebar luas di internet.
Menurut laporan daripada US Weekly, foto-foto tersebut memperlihatkan Snooki
yang memakai bathrobe yang tidak diikat dan mendedahkan tubuhnya.
"Ianya jelas bahawa foto tersebut adalah foto lama dan peribadi yang bukan
bertujuan untuk khalayak. Ia sangat memalukan apabila ada pihak yang me-
nyebarkan foto tersebut untuk kepentingan diri," ujar jurucakap Snooki.
Sementara itu, Snooki yang kini sedang menanti kelahiran anak pertamanya telah
mengambil keputusan untuk tinggal di luar Jersey Shore Seaside Heights untuk
musim terakhir rancangan realiti tersebut bersama tunangnya Jionni LaValle.
[Yahoo]