Gambar Pelajar Usia 14 Tahun Gian Seks Kerana 3gp


Tabiat melihat klip video lucah melalui telefon bimbit dengan kawan di sekolah
 menyebabkan seorang pelajar sekolah terpengaruh melakukan hubungan seks
 bersama teman lelaki yang baru dikenali bulan lalu.

Tanpa rasa takut perbuatannya diketahui keluarga, mangsa mencuri keluar pada 
tengah malam Rabu lalu, selepas menerima khidmat pesanan ringkas daripada 
teman lelaki yang dikenali sebagai Arif.

Pelajar berusia 14 tahun dari Kampung Kerandang, Besut, menyelinap keluar 
secara sembunyi ketika keluarganya tidur di bilik masing-masing dan menemui
teman lelakinya yang menunggu di hadapan rumah dengan motosikal sebelum 
dibawa ke sebuah wakaf di tengah sawah padi di Kampung Gerong di Jertih.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata
apabila sampai di wakaf terbabit, suspek mengajak mangsa melakukan seks 
dengannya.

Mangsa dikatakan dirogol beberapa kali di tempat berkenaan sebelum dihantar 
pulang pada pagi keesokan harinya.

Kamaruddin berkata, berasa syak dengan kepulangan anak gadisnya pada pagi 
berkenaan, bapa mangsa yang berusia 39 tahun menyoal siasat anaknya sebelum
pelajar itu mengaku mencuri keluar untuk bertemu teman lelakinya tanpa 
pengetahuan keluarga.

Marah dengan kejadian itu, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis 
Kampung Raja pada pagi hari sama, sementara mangsa dihantar menjalani 
pemeriksaan kesihatan di Hospital Besut selepas itu.

Kamaruddin berkata, laporan kesihatan kemudian mengesahkan mangsa dirogol 
dan berikutan itu polis sedang memburu seorang lelaki dikenali sebagai Arif 
untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana 
merogol.

Suspek dipercayai menghilangkan dirinya selepas kejadian itu.

KONGSI KEPADA RAKAN