Kalau sebelum nie kita dengar katanya orang sanggup beratur dan tidur di kaki
lima semata-mata menjadi orang terawal membeli koleksi terbaru tudung Fareeda
hinggalah pengiklanan di badan pesawat, sedikit sebanyak kita pun tumpang
bangga melihat kejayaan perniagaan Melayu ini.
Namun apabila diberitakan bahawa Butik Fareeda Exclusive menghendaki pe-
langgannya menunjukkan slip gaji selama tiga bulan sebelum memasukinya, rasa
agak melampau di situ.
Perkara ini disebarkan menerusi satu status Facebook pelanggan Fareeda yang
kini tersebar di media sosial.
Pada masa sama, terfikir juga kot-kot ini adalah satu fitnah semata-mata. Majoriti
kaum wanita yang meminati Fareeda tahu kot skala harga tudung jenama ini jadi
mereka yang tak mampu awal-awal lagi dah telan air liur saja dari jauh apatah
lagi mahu memasuki butik eksklusif mereka.
Namun sekiranya ini benar, pendapatan seseorang tidak semestinya tertera pada
penyata gajilah.. isteri jutawan yang duduk rumah goyang kaki dan kerjanya
cuma menghabiskan duit laki manalah ada semua itu kan?