Baru 14 Tahun Sudah Setubuhi Isteri Orang!


Matshobana, Zimbabwe: Penduduk setempat kini gempar selepas kisah seorang
remaja lelaki dimasuki cacing luar biasa gara-gara meniduri isteri orang semakin
tersebar.

Menurut sumber, remaja berusia 14 tahun itu kini semakin tenat apabila ada
cacing ‘anaconda’ mengganas di dalam badannya.

“Budak itu mula sakit dua hari selepas meniduri seorang wanita berusia dan 
 sudah  bersuami,” katanya. Ibu saudara remaja terbabit, Nobuhle Moyo berkata, 
 cacing berkenaan semakin membesar, manakala kesihatan remaja itu semakin 
 merosot.

“Dia mula mengalami masalah kencing berdarah,” katanya. Menurut Nobuhle, 
 dia semakin risau kerana anak saudaranya itu kini tidak berselera makan 
 atau minum, Katanya, remaja terbabit hanya bergantung kepada air teh untuk
 mengisi perut.

“Pada awalnya kami tertanya-tanya mengapa dia mengalami masalah itu.
“Selepas didesak berkali-kali, akhirnya dia mengaku mengadakan hubungan
 sulit dengan isteri orang,” katanya.

Sementara itu sumber berkata, remaja terbabit dibawa berubat dengan seorang 
bomoh.“Keadaannya masih belum banyak berubah.

“Kami yakin suami wanita berkenaan menggunakan sihir sebagai membalas 
 dendam,” katanya, semalam. - Agensi

KONGSI KEPADA RAKAN