Bangla Gosok Kemaluan Di Belakang Kanak-Kanak Ditahan


TELUK INTAN – Gara-gara melakukan lucah melampau terhadap seorang 
kanak--kanak bawah umur, dua warga Bangladesh dalam proses pulang ke
 negara asal dihadapkan Mahkamah Majistret Teluk Intan, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Hakim Majistret Teluk Intan, Mohd Izham Ali menangguhkan 
sebutan kes pada 9 Februari tahun hadapan kerana tertuduh tidak memahami 
Bahasa Malaysia selain ketiadaan jurubahasa untuk kes itu.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Hidayah Ismail 
manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana pihak dan tiada pengakuan direkod-
kan daripada kedua-duanya.

Selain itu, pihak Mahkamah Majistret turut tidak membenarkan kedua-dua 
tertuduh untuk diikat jamin.

Menurut fakta kes Tertuduh pertama, Mutimah, 39, berasal daripada Bangladesh, 
melakukan perbuatan lucah melampau terhadap seorang kanak-kanak warga 
tempatan berusia lapan tahun pada 12 Disember lalu kira-kira 3 petang di Ladang 
Sabrang, Teluk Intan.

Tertuduh melakukan perbuatan itu dengan menggosokkan alat kemaluan
di belakang mangsa di dalam sebuah bilik premis di Ladang Sabrang dekat 
Teluk Intan.

Sementara itu, rakan senegaranya, Md Shidul Islam, 39, melakukan perbuatan 
kelucahan melampau terhadap seorang kanak-kanak warga tempatan berusia
lapan tahun pada 19 Disember lalu, kira-kira 3 petang.

Tertuduh melakukan itu dengan memaksa mangsa memegang kemaluan 
tertuduh di dalam sebuah bilik di Ladang Sabrang, dekat Teluk Intan.

Kes di siasat di bawah seksyen 377 C iaitu melakukan kelucahan melampau
ke atas seseorang dan jika disabitkan kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh 
dikenakan hukuman lima tahun penjara serta sebatan.

KONGSI KEPADA RAKAN