SELEPAS beberapa hari bertarung nyawa di hospital, pemain bola sepak untuk
kelab Persiraja Banda Aceh, Akli Fairuz akhirnya menghembuskan nafas ter[-
akhirnya, Jumaat lalu.
Pemain di bahagian penyerang itu mengalami kecederaan dalaman yang parah
selepas terkena tendangan penjaga gol PSAP Sigli, Agus Rohman yang didakwa
secara tidak sengaja sewaktu perlawanan antara kedua-dua kelab itu.
selepas beberapa hari bertarung nyawa di hospital, pemain bola sepak untuk
kelab Persiraja Banda Aceh, Akli Fairuz akhirnya menghembuskan nafas ter-
akhirnya, Jumaat lalu.
Pemain di bahagian penyerang itu mengalami kecederaan dalaman yang parah
selepas terkena tendangan penjaga gol PSAP Sigli, Agus Rohman yang didakwa
secara tidak sengaja sewaktu perlawanan antara kedua-dua kelab itu.
Sementara itu, Agus melahirkan rasa sedih dan terkilan atas pemergian Akli,
memetikBolaindo.com.“Saya sangat menyesal, tiada unsur sengaja dalam kejadian
itu,” ujarnya.Namun, jika ditonton video kejadian, agak nyata Agus memang
sengaja mensasarkan but yang dipakai ke arah badan Akli.
Kaki Agus tiba selepas bola sudah pun disepak lebih awal oleh Akli.Jenazah
Akli selamat dikebumikan di kampung halamannya di Kabupaten Pidie
pada hari yang sama.