Seorang wanita separuh usia tersenyum malu ketika keluar dari satu daripada
khemah khas di kawasan pemindahan penduduk di Kampung Telagah di
daerah Sei Bingeh, Sumatera Utara.
Khemah itu kelihatan biasa saja sama seperti khemah lain yang menjadi tempat
perlindungan sementara penduduk terpaksa berpindah dari rumah masing-masing kerana ancaman gunung berapi kecuali satu papan tanda yang mem-
bezakannya. Ia berukuran tiga kali tiga meter dan terletak di kawasan lapang
kira-kira 50 meter dari pusat pemindahan.
Pada sisi depannya terpampang papan tanda bertulis: Bilik Asmara.
Khemah yang khusus untuk pasangan kelamin itu turut dibina di dua tempat lain
di daerah Karo.Di dalam setiap khemah itu tersedia tilam dan satu ruang lain
yang dijadikan bilik persalinan.
Pada siang hari, ruang di Bilik Asmara itu memang terang benderang dan ketika
malam,pengguna boleh meminjam lampu daripada pengawal bertugas yang
memantau pusat pemindahan berkenaan.
Tidak perlu bersusah-payah kerana pos pengawal bertugas hanya terletak kira-
kira 200 meter dari khemah berkenaan. Bagi penduduk setempat, mereka
menyambut baik kewujudan Bilik Asmara itu kerana memberikan pasangan
kelamin waktu meluangkan masa jauh daripada pandangan ramai.
“Bilik itu memang bermanfaat jika ada pasangan ingin memenuhi keperluan
batin, terutama selepas kami berlindung di pusat pemindahan ini berbulan-
bulan,” kata Riana Sembiring di Kampung Telagah.
Ditanya sama ada dia pernah menggunakan Bilik Asmara itu, Riana, 22,enggan
menjawab dengan jelas sebaliknya tersenyum simpul. “Tidak manis untuk saya
bercerita mengenainya kerana ia soal peribadi,” kata ibu kepada tiga anak itu.
Teguh Malem Sembiring, 37, dari Kuta Rayat pula berkata beberapa
pasangan suami isteri pernah memanfaatkan Bilik Asmara itu beberapa
kali.
“Tapi kami penduduk Karo tidak semudah itu bercakap mengenainya,” katanya.
Menurut Teguh Malem, apa yang disediakan pihak kerajaan di situ memuaskan.
“Apa yang disediakan di sini lebih daripada men-cukupi,” katanya ketika ditemui.
Sementara itu Ketua Pengawal Kampung Telagah, Teguh Kurniawan berkata Bilik
Asmara terbabit dibina oleh Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) bagi
memberi kelapangan kepada pasangan kelamin menunaikan hak merekadi pusat
pemindahan yang disediakan berkenaan.
“Ia khusus untuk pasangan suami isteri,” katanya.
Menurut Teguh Kurniawan, petugas keselamatan tidak mengambil tahu apa
yang berlaku di Bilik Asmara, sebaliknya memantau dari pos kawalan saja.
Setakat ini, katanya, ramai pasangan sudah memasuki Bilik Asmara.
Ketua Pusat Media Bencana Sinabung, Jhonson Tarigan pula mengesahkan
hampir semua pusat pemindahan sudah menyediakan kemudahan Bilik
Asmara.
Gunung Sinabung mula memuntahkan lahar, debu dan asap sejak lima
bulan lalu, memaksa kira-kira 32,300 orang atau 9,978 keluarga meninggalkan
rumah masing-masing. Letusan terbaru minggu lalu mengorbankan 16 orang
dan mencederakan seorang yang lain.
Teguh Kurniawan berkata, BPBD berusaha menyediakan semua keperluan
kepada penghuni pusat pemindahan itu.Terletak kira-kira 17 kilometer
dari Gunung Sinabung, pasangan yang menggunakan Bilik Asmara pasti
berasa syukur dan tenang menggunakan kemudahan yang disediakan kem
pemindahan berkenaan. – Agensi Sumber : Metro