Sedihnya..Temui Ajal Tiga Hari Sebelum Berkahwin


Dia begitu teruja menanti kenduri kahwin kami Ahad ini dengan semua barang
hantaran sudah disiapkan.”

Demikian kata Norfaizah Mohd Rejab, 22, tunang kepada Lans Koperal 
Mohd Azuan Abdullah, 25, yang terbunuh ketika bertugas selepas motosikalnya 
dirempuh penjenayah di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu, jam 1.15 petang semalam.

Lebih menyedihkan, kejadian berlaku hanya selepas kira-kira dua jam mangsa 
menghubungi Norfaizah dan selepas dua hari arwah menyambut hari jadinya.

Semalam adalah hari terakhir Mohd Azuan, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis 
Daerah Kerian, bekerja sebelum bercuti panjang untuk berkahwin.

“Saya hampir pitam mendengar berita kematiannya kerana lebih kurang jam 11 
 pagi (semalam), dia mengirimkan SMS meminta saya makan ubat jika berasa 
 kurang sihat.

“Saya tidak menyangka perkenalan sejak kira-kira empat tahun lalu berakhir 
 dengan cara begini,” katanya.

Norfaizah bagaimanapun reda dengan pemergian arwah dan berharap pe-
ngorbanannya ketika berkhidmat kepada masyarakat mendapat ganjaran 
sewajarnya.

“Sekarang semuanya ibarat ‘nasi sudah menjadi bubur’ dengan majlis per-
 kahwinan yang sepatutnya berlangsung di Alor Setar, Kedah, hujung minggu 
 ini, bertukar menjadi kenduri arwah,” katanya ketika ditemui semalam.

Mohd Azuan dan dua rakan masing-masing menaiki motosikal Kawasaki Ninja 
Unit Ronda Bermotosikal (URB) mengejar sebuah kereta Toyota Wish dinaiki
tiga penjenayah yang dipercayai terbabit dalam rompakan van rokok di Jalan 
Bagan Serai-Alor Pongsu, dekat situ.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata motosikal
mangsa dipercayai dirempuh sebuah kereta Honda Civic dinaiki rakan pen-
jenayah itu.

Mangsa yang cedera parah di kepala, dada dan beberapa bahagian badan
meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya tidak cedera.

Katanya, berdasarkan jarak pelanggaran dan kedudukan motosikal ditemui, 
polis percaya kejadian itu disengajakan dan dirancang.

“Polis masih mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun 
 Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 
 1987 kerana memandu secara melulu sehingga berlaku kematian.

“Saya juga terkilan tidak sempat bertemu arwah atas kesibukan kerja, sedangkan
 dia beberapa kali menyatakan hasrat bertemu saya bagi menyerahkan kad 
 jemputan  perkahwinan,” katanya.

Beliau berkata, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun
(HRPB) Ipoh untuk bedah siasat malam tadi sebelum di hantar ke Tanah Per-
kuburan Islam Kampung Batu 27, Kulaijaya, Johor untuk dikebumikan.


KONGSI KEPADA RAKAN