Sebulan lalu, sekeping gambar bra warna merah yang didakwa milik pelakon
jelita Rozita Che Wan telah tersebar secara meluas di laman sosial sehingga
mengundang tomahan dan kritikan dari orang ramai.
Susulan itu, pihak media segera menghubungi empunya tuan badan untuk
mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu tersebut.Menurut Rozita,
dia hanya mengetahui gosip terbaru itu menerusi adiknya, Ayu Raudhah
sekitar minggu lalu namun tidak sempat membuat ulasan.
“Saya hanya mampu tergelak besarlah sebab sampai baju dalam pun mereka
mahu jadikan isu. Sebenarnya sampai sekarang saya tidak berhenti tergelak
bila orang tanya tentang perkara itu.”
“Bagi saya itu kerja orang gila dan tidak masuk akal. Selagi perkara seperti ini
tidak menjejaskan periuk nasi dan imej, saya tidaklah mahu saman atau mem-
bawa isu ini ke pihak berkuasa.”
Selain itu, Rozita turut menganggap perbuatan individu terbabit yang menyebar
kan gambar berkenaan sebagai gila dan tidak masuk. Jadi, dia meminta agar
ianya dihentikan segera kerana perkara itu tidak berfaedah dan hnya
membazir masa.
“Saya tidak rasa malu sebab baju dalam itu bukan saya punya. Namun,sebab
mereka gunakan nama saya & menarik orang untuk membaca apa yang ditulis,
saya geram juga sebab nama Rozita Che Wan yang dijual.
Kalau boleh tolonglah hentikan kerja-kerja yang tidak berfaedah ini.”