Pelakon terkenal Eira Syazira didakwa menampar salah seorang krew produksi
ketika sedang menjalani penggambaran sebuah telefilem berjudul Pulanglah
Abah baru-baru ini.
Isteri kepada aktor Azad Jasmin itu bagaimanapun menafikan dakwaan ber-
kenaan dan menganggap tuduhan individu terbabit sebagai mengarut dan tidak
masuk akal.
Malah, lelaki tersebut turut meminta Eira agar menyatakan permohonan segera
jika tidak mahu isu mereka sampai ke pengetahuan umum.
Ditanya tentang perasaannya apabila ditimpa kontroversi sedemikian, Eira
memberitahu tidak terkilan tetapi berasa lucu dan pelik. Katanya, agak pelik
bagi seorang perempuan berani menampar seorang lelaki.-plbgmcm.blog