Pelakon terkenal dan bekas suami Abby Abadi, Norman Hakim mengakui terkejut
dengan khabar angin tentang pergolakan rumahtangga bekas isterinya dan
Muhammad Noor Farhan Che Bakar.
Untuk mendapatkan kepastian tentang perkara tersebut, Norman telah meng-
Untuk mendapatkan kepastian tentang perkara tersebut, Norman telah meng-
hubungi Abby secara peribadi menerusi panggilan telefon.
Dalam pada itu, dia dan isteri, Memey turut memberitahu akan terus mendoakan
mahligai perkahwinan mereka agar dapat bertahan dan apa sahaja masalah yang
dihadapi dapat diselesaikan secara baik tanpa perlu melibatkan penceraian.
Untuk makluman, Abby Abadi telah memuatnaik satu status mengejutkan di
laman Instagram miliknya yang berbunyi seperti rumahtangga mereka sedang
bergolak. Status itu kemudian tersebar meluas di laman-laman sosial dan blog
hiburan.
-plbgmcm.blog