Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, dua remaja berusia 19 tahun berpakaian
jubah dan kopiah itu datang ke masjid berkenaan menaiki sebuah motosikal
ketika jemaah lain sedang menunaikan solat Asar.
Imam 1 masjid berkenaan Kamaradin Mohd Napiah, 60, berkata,remaja lelaki
itu menggunakan alat pemotong besar bagi memotong mangga yang mengunci
tabung di masjid berkenaan.“Bagaimanapun,salah seorang daripadajemaah
yang kebetulan baru datang bersembahyang terdengar bunyi bising sebelum
ternampak salah seorang daripada remaja terbabit sedang memotong mangga
tabung.
“Remaja berkenaan yang menyedari perbuatannya diketahui jemaah
kemudian melarikan diri ke luar masjid dengan meninggalkan rakannya
yang bersembunyi di dalam tandas,” katanya.
Menurutnya, remaja lelaki yang berada di dalam tandas itu, bagaimanapun
cuba mengaburi jemaah lain apabilaberpura-pura mahu bersembahyang
selepas menyedari rakannya dicekup di luar kawasan masjid.“Kami berasa
terkejut kerana tidak menyangka dua remaja berjubah itu cuba mengaburi
jemaah lain sebelummemecahkan tabung masjid dipercayai untuk mengambil
wang, namun usaha mereka gagal,” katanya.
-pilihananda