Pakai baju semua "tersembul" tapi anak imam, macam mana?


Saya remaja berusia 16 tahun dan mempunyai rakan yang sering berpakaian
seksi, kerap memakai seluar dan skirt pendek. Tapi saya senang berkawan 
dengannya kerana dia baik hati.Yang membuatkan hati saya bertambah sedih,
dia pelajar sekolah agama dan bapanya juga imam dikampung.

Kami satu sekolah dan saya rakan karibnya. Saya banyak kali menegur 
kerana tidak mahu dia terusmenjadi sasaran ejekan dan cemuhan orang ramai, 
tapi akibatnya dia merajuk dan tidak mahu berkawan dengan saya.

Saya tahu iman bukanlah benda yang boleh diwarisi dan diukur menerusi 
pakaian, tetapi saya rasalebih elok dia mengenakan pakaian sopan

Saya sering mendoakan dia berubah meskipun kadangkala saya turut menerima 
tempias kutukanmasyarakat terhadapnya. Bagaimana cara untuk membantu dia 
berubah?

IRDANI
Kluang, Johor

Saudari kawan yang baik kerana sanggup menelan segala kutukan serta cercaan 
terhadap kawankarib. walaupun anda boleh saja untuk tidak menghiraukannya,
anda tidak berbuat demikian, malahsentiasa mendoakan yang terbaik untuknya.

Bagi Dang Setia, semua ini telah membuktikan adik rakan yang baik sama ada 
ketika susah atausenang erta boleh bergantung harap apabila memerlukan

Mengenai rakan berpakaian seksi, adik perlu berikhtiar untuk mengubahnya 
kerana ia jugatanggungjawab.

Mungkin memaksanya mengubah terlalu drastik dan ‘keras’ bukan contoh yang
terbaik. Atas sebabitu, dia semakin memberontak dan lebih berani kerana ingin
melepas kangeram terhadap individu yang mengutuknya.

Pada Dang Setia, adik perlu berusaha memujuknya mengubah cara penampilan. 
Minta dia berpakaian menutup aurat supaya dihormati kerana dalam Islam 
sendiri meletakkan darjat wanita tinggi dan memelihara kehormatan bermula 
dengan menutup aurat.Beritahu tujuan anda menasihati disebabkan adik sayang
dan tidak mahu dia terima cercaan. -SAB
KONGSI KEPADA RAKAN