Bila Awek Sewa Lelaki RM50 Untuk Setengah Hari


BILA  mak ayah suruh kahwin, mengelak, bila hidup seorang lama, malu
 pula dengan kawan-kawan kita masih belum mempunyai teman istimewa.

Mungkin itu yang berlegar di minda gadis ini apabila sanggup membuka
 tawaran untuk mana-mana lelaki yang sanggup disewa selama setengah hari

bagaimanapun sewaan tertakluk kepada terma dan syarat tertentu.
Di laman sosial Facebook, wanita itu yang mungkin malu kerana tidak 
berteman mahu menyewa seorang lelaki untuk sama-sama ke satu 
majlis kenduri kahwinpada 1 Jun depan.

Bagaimanapun, lelaki itu perlu berlakon sebagai teman lelakinya hanya
dengan bayaran RM50 selama setengah hari.

Sudahlah hendak mencari teman dengan cara begitu, syarat yang ditetapkan
wanita itu juga boleh tahan antaranya mahukan lelaki berketinggian 176cm
ke atas, badan berisi tetapi tidak terlalu gemuk dan kurus.

Paling tidak dapat ditahan ialah apabila dia mencari seorang lelaki yang ada
gaya untuk menjadi teman sementaranya itu.

Tidak diketahui bila iklan ‘terdesak’ ini dimuatkan ke dalam laman 
Facebookm Parit Buntar Is My Hometown tetapi jelas tindakan wanita
ini dikecam warga Facebook.

Sudahlah wajah sendiri tidak secantik mana, tergamak menyewa seorang
lelaki hanya dengan bayaran RM50 tetapi dengan ciri-ciri lelaki yang hampir
sempurna.

Hasil carian ke atas laman itu tidak menemui status yang dimaksudkan
kemungkinan ia sudah dipadamkan oleh tuan punya badan kerana mungkin
sudah menemui lelaki ‘sewaan’nya itu. – MYNEWSHUB.

KONGSI KEPADA RAKAN