Datuk Ramli Ms menegaskan dia akan mengambil tindakan tegas sekiranya ada
pihak cuba bertanyakan soalan berkaitan kehidupan peribadinya.
“Saya akan mengambil tindakan mahkamah!,”tegas Datuk Ramli MS. Menurut
pemuzik kelahiran Singapura itu, soalan yang sering diajukan kepadanya men-
genai hubungannya dengan penyanyi Alyah tidak relevan dengan industri seni
tanah air.
Malah Ramli Ms menganggap pihak yang selalu bertanyakan hal peribadinya
sebagai seseorang yang ‘bermasalah’.
“Saya sudah 40 tahun dalam industri. Kerja saya adalah keutamaan saya. Kalau
bertanya berkaitan dengan muzik, saya boleh cerita satu buku.
“Orang yang bertanya itu pun sebenarnya peribadi pun jahanam. Kalau peribadi-
nya elok, dia tidak akan tanya pasal hal orang lain” ujar pengarah muzik kelahiran
Geylang, Singapura ini,” ujarnya lagi.
Tambah beliau, orang seni hanya berhak untuk ditanya dan dikritik tentang karya
nya sahaja.
“Kita bukan public toilet, peribadi adalah hak peribadi yang tiada siapa boleh
sentuh. Saya ada batas garisan saya. Tapi bila sudah sampai ke satu tahap garisan
yang melampau, saya akan mengambil tindakan mahkamah,” jelas Ramli MS.
Terdahulu, pelbagai spekulasi timbul berkaitan hubungannya dengan Alyah dan
dikatakan bercinta sejak tahun 2010.