Lagi Pelajar Perempuan Di Terengganu Dakwa Buah Dadanya Diramas Ustazah!

JERTIH – Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah 
di daerah ini mendakwa dicabul oleh guru agama perempuan sekolahnya pada 
waktu persekolahan pagi Jumaat lalu.

Difahamkan, kejadian itu berlaku jam 9 pagi ketika mangsa berada di koridor 
bangunan kelas untuk menunggu kedatangan bapanya ke sekolah bagi bertemu 
guru untuk membincangkan masalah mangsa yang dipukul pelajar perempuan 
lain sehari sebelum itu.

Menurut sumber, ketika berada di koridor itu, mangsa terserempak dengan 
ustazah tersebut yang menegur kain tudung dipakainya selain bertanya khabar
mengenai kejadian dia dipukul.

Mangsa kemudian mendakwa ustazah tersebut telah meramas buah dadanya 
ketika memeriksa tudung dipakainya sehingga menyebabkan mangsa berasa sakit.

“Mangsa menangis kesakitan dan memaklumkan kejadian itu kepada bapa dan 
 ahli keluarganya sebelum bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung
 Raja,” katanya.

Difahamkan juga ustazah terbabit turut membuat laporan polis terdahulu 
sebelum itu.Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd 
Zakaria ketikadihubungi mengesahkan menerima laporan, bagaimanapun 
enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu. – SINAR HARIAN-
* gambar hiasan
KONGSI KEPADA RAKAN