Dia seorang ustazah bertudung labuh yang berkelulusan dalam bidang agama
dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di sebuah masjid
dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor, serta bersuamikan seorang
ustaz yang disegani di daerah itu.
Bagaimanapun, di sebalik perwatakan lembut dan alim, ustazah berusia 35
tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga dan suaminya,
apabila ditangkap khalwat bersama seorang duda sebayanya, yang juga
bekas rakan sekolahnya dan suami.
Ustazah yang memiliki latar belakang yang kuat berpegang kepada ajaran
agama itu memberi alasan kononnya dia tertekan akibat suaminya ber-
poligami sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda
terbabit dan lebih mengejutkan, mereka dipercayai pernah beberap kali
terlanjur.
Tembelang ustazah terbabit pecah apabila dia ditangkap khalwat ketika
berdua-duaan dengan duda itu baru-baru ini dan mereka dilaporkan
mengambil masa hampir setengah jam sebelum membuka pintu rumah
kedai yang didiami dengan kedua-duanya dalam keadaan berpakaian
lengkap.
Menurut sumber, lebih menyedihkan, ketika kejadian, suami ustazah
terbabit berada di Makkah untuk menunaikan haji. Katanya, sejurus
ditangkap berkhalwat, ustazah terbabit menghubungi suaminya untuk
memaklumkan kejadian dan terus meminta cerai.
Menurutnya, ustazah terbabit dan suaminya berkahwin pada 1997,
tetapi tidak dikurniakan cahaya mata menyebabkan mereka mengambil
dua anak angkat termasuk seorang daripadanya dipelihara sejak kecil.
“Wanita itu bertemu dengan duda yang juga bekas rakan sekolahnya
ketika perlawanan boling pada awal tahun lalu dan sejak itu hubungan
mereka semakin rapat apabila lelaki itu menjadi tempatnya mencurah
perasaan dan menagih simpati. “Ustazah itu memberitahu duda ter-
babit kononnya dia tertekan kerana suami berkahwin lain sedangkan
sebelum ini, dia sendiri bersetuju serta membenarkan suaminya ber-
poligami dan mereka sama-sama ke mahkamah untuk menguruskan
perkahwinan itu.
“Tetapi, sebagai seorang yang ada latar belakang agama, hubungan
dengan lelaki lain bukan cara untuk mengatasi tekanan lebih-lebih lagi
dia masih berstatus isteri orang dan perhubungan itu mendekatkan
mereka dengan maksiat,” katanya.
Sumber itu berkata, selepas ditangkap, duda itu pula mengaku dia pernah
terlanjur dengan wanita berkenaan, tetapi di pihak ustazah terbabit, dia
masih mahu ‘menegakkan benang basah’ dan me-nyebarkan berita
kononnya dia dianiaya.
Menurutnya, demi menjaga nama baik keluarga dan maruah isteri, suami
ustazah terbabit membuat pengakuan kononnya membenarkan duda
terbabit menjemput isterinya yang baru pulang daripada rombongan
sekolah, sebelum mereka ditangkap khalwat. Katanya, ketika ditangkap,
pasangan terbabit memberi alasan duda terbabit datang untuk
menghantarnya pulang ke rumah dan membantu mengangkat beg.