Perang di Iraq oleh Amerika masih tinggal sisa-sisa. Walaupun kerajaan
Saddam tumpas, kini masih ada askarAmerika di sana.
Askar wanita yang akan ke Iraq diarahkan Kementerian Pertahanan Amerika
supaya membawa kondom. Ini kerana berlaku peningkatan kehamilan yang
agak mebimbangkan semasa misi ketenteraan. Ada juga iklan di dalam
sebuah majalah tentera memberi amaran kepada askar wanita supaya
mengambil perlindungan kerana terdapat 50 lelaki untuk setiap wanita.
Peraturan ketenteraan di Amerika melarang askar mengadakan hubungan
di kawasan perang.Namun menurut cerita dari pegawai tentera, larangan
itu diabaikan sekiranya hubungan itu berlaku antara askar berpangkat yang
sama (same rank) dan juga jika tidak mendatangkan kesan kepada operasi.
Inilah punca sebenarnya selain ratio 50 lelaki untuk 1 wanita. Statistik yang
dikeluarkan menunjukkan 133askar wanita hamil di Iraq dariapada Januari
2003 hingga tahun lepas.