Fesyen Felixia Yeap di ABPBH 2013 mengejutkan ramai artis seksi lain


Acara berprestij yang ditunggu-tunggu iaitu Anugerah Bintang Popular Berita 
Harian 2013 telah berlangsung dengan jayanya malam tadi di Dewan Plenari,
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Menampilkan beberapa kejutan dalam keputusan senarai pemenang anugerah,
acara karpet merah juga turut ada kejutannya tersendiri.

Antara yang paling menarik perhatian peminat ialah penampilan ekslusif bekas
model seksi Malaysia, Felixia Yeap yang amat anggun dan menenggelamkan 
penampilan seksi artis-artis lain.

Felixia Yeap dengan bersahaja menggayakan tudung labuh dan baju kurung 
longgar yang cantik sehingga wanita berusia 27 tahun itu kelihatan seperti 
seorangmuslimah. Menerusi laman sosial facebook, ramai peminat memuji 
beliau dan menyindir artis lain yang mengenakan pakaian agak terdedah.



plbgmcm.blog

KONGSI KEPADA RAKAN