Eira Syazira Labelkan Kru Produksi ‘Sampah’, ‘Hingusan’


INGATKAN sudah reda kes kekasaran yang melibatkan pelakon Eira Syazira
 terhadap seorang kru produksi sewaktu penggambaran baru-baru ini.

Rupa-rupanya, pelakon itu masih meluahkan rasa geramnya menerusi Instagram 
dengan melabelkan kru tersebut sebagai ‘sampah’ dan ‘budak hingusan’.

Menerusi ‘caption’nya, Eira turut mempersoalkan kenapa dia tidak menunjukkan
mukanya sewaktu ditemubual oleh pihak Melodi baru-baru ini jika berada di pihak
yang benar?


Hai, tak tahulah kami nak cakap apa…

Biarpun laporan polis sudah dibuat, rasanya lebih elok perkara ini diselesaikan 
secara baik di luar.Pendek kata, lapangkan dada dan bincanglah dari hati ke hati
sebab industri hiburan kita ini bukan besar mana pun. Pusing-pusing, jumpa juga.

-newshub

KONGSI KEPADA RAKAN