Berita perkahwinan Abby Abadi dan Farhan sekitar September tahun lalu
memang mengejutkan. Ramai tidak menyangka bekas pelakon itu memilih
seorang jejaka yang sembilan tahun muda darinya untuk dijadikan suami.
Apa yang menarik tentang kehidupan mereka berdua selepas berkahwin ialah
penyebaran beberapa keping gambar romantik yang memperlihatkan hu-
bungan mereka sangat utuh dan saling memahami antara satu dengan yang lain.
Bagaimanapun, hakikat sedemikian seolah-olah sudah berubah apabila Abby
Abadi secara terbuka memuatnaik beberapa kenyataan tersirat di laman
Instagram miliknya yang berbaur seperti bermasalah dengan suami dan seakan
dalam pertimbangan untuk bercerai.
Apa yang berlaku sebenarnya? Mengikut status terbaru bekas isteri Norman
Hakim itu di Instagram, beliau meminta pengikut-pengikutnya agar mendoakan
rumahtangga mereka buat kali yang terakhir. Kenapa buat kali yang terakhir?
Adakah pasangan ini mahu bercerai pula?