Biodata Dyana Sofya, wanita melayu pertama jadi setiausaha Lim Kit Siang


Sejak penyebaran sekeping foto palsu Dyana Sofya yang dikatakan hanya
berbikini bersama beberapa rakan lain di kolam renang, beliau telah me-
nerima kecaman teruk dari masyarakat.

Ini merupakan rentetan kepada tomahan yang diterima Dyana Sofya selepas 
menyertai parti DAP tahun lalu dan menjadi wanita melayu pertama dilantik 
sebagai setiausaha politik kepada penasihat parti itu, Lim Kit Siang. 

Difahamkan, tujuan kemasukannya ke dalam parti DAP ialah bagi mem-
perjuangkan agenda penghapusan hak istimewa yang diterima kumpulan
bumiputera di Malaysia.

Memandangkan nama wanita graduan UiTM ini menjadi bahan bualan 
hangat peminat sejak semalam maka penulis ingin berkongsi biodata ringkas 
Dyana untuk informasi kita bersama.

Nama Penuh : Dyana Sofya Mohd Daud
Umur : 27 Tahun
Asal : Ipoh, Perak
Agama : Islam
Status : Bujang
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda dari UiTM
Pengkhususan : Undang-undang (miliki firma guaman di Cyberjaya)
Kerjaya : Setiausaha Politik Lim Kit Siang Parlimen Gelang Patah
Ahli Keluarga : Ibunya, Yammy Samad, pernah menjawat Setiausaha 
Bahagian Wanita UMNO yang pertama di Malaysia
KONGSI KEPADA RAKAN