Berbikini Menari Tarian Gelek Sebelum Menggelek Pula Di Ranjang


KUALA LUMPUR – Kegiatan sebuah pusat pelacuran yang menyediakan 
sekumpulanwanita warga asing hanya berbikini dan kemudian beraksi tarian
gelek sebelum melayan pelanggannya di ranjang, terbongkar selepas diserbu
pihak berkuasa, malam kelmarin.

Pelacur warga asing itu dipercayai dipaksa berbikini dan berbaris di depan 
pelanggan untuk dipilih.Serbuan dilakukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap,
Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman yang diketuai Inspektor Mohammad Mohd 
Jais selepas melakukan risikan selama seminggu.

Mohammad berkata, dalam serbuan kira-kira jam 11 malam itu, 10 wanita warga 
Vietnam berjaya diberkas.Menurutnya, premis yang berselindung di sebalik pusat
 refleksologi itu beroperasi seawal jam 12 tengah hari hingga lewat pagi.

“Beberapa pasangan sedang melakukan seks ketika serbuan, bayaran khidmat 
 seks dikenakan kira-kira RM200. Dipercayai mereka mendapat pelanggan 
 seramai lapan orang sehari dengan pendapatan mencecah RM500 ringgit,”
 katanya.Menurutnya, polis turut menemui sejumlah wang tunai, kondom dan 
 alatan seks.-wangolds
KONGSI KEPADA RAKAN