Mengucap panjang seorang bapa sebaik menonton rakaman melalui telefon
bimbit aksi anak gadisnya yang baru berusia 14 tahunberasmara dengan
dengan lima lelaki serentak.
Adegan seks secara bergilir-gilir berkenaan di sebuah kampung berhampiran
Merapoh, dekat sini, itu dipercayai dirakamkan seorang daripada lima lelaki
berusia 20-an berkenaan menggunakan telefon pelajar perempuan tingkatan
dua terbabit.
Selepas melakukanperbuatan terkutuk itu, gadis terbabit yang bersekolah
di sebuah sekolah menengah, dekat sini, dengan selamba pulang ke rumah
bersama telefon bimbit berkenaan.
Bagaimanapun, telefon bimbitnya terlepas ke tangan seorang ahli keluarga
yang kemudian membuat pemeriksaan pada fail rakamannya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata terkejut melihat
rakaman itu, ahli keluarga terbabit segera memaklumkan kepada bapa gadis
berkenaan.
Menurutnya, bapa mangsa yang tergamam dengan tindakan anak gadisnya
selepas menonton rakaman berkenaan segera menyoal anak gadisnya.
Katanya, selepas didesak berulang kali, gadis terbabit mengakui kejadian itu
sebelum bapanya membuat laporan di Balai Polis Merapoh, dekat sini, kelmarin.
Abdul Razak bagaimanapun berkata, polis masih belum memeriksa rakaman
berkenaan bagi mengesahkan kesahihan kejadian terbabit, namun siasatan
masih diteruskan.
“Polis sudah menubuhkan pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
untuk memburu lima suspek terbabit dan pada masa sama masih meneruskan
siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,”
katanya.